STROK HABA
 
 
 
 
Strok Haba
Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.
Apakah Itu Strok Haba?
Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).
Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
 
Tanda / Gejala Strok Haba
*denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit),
*pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit),
*badan terasa panas dan kering,
*sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing,
berasa mual,
*peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C),
*tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)
*tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.
 
Langkah Pencegahan :
*tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang,
elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan,
*pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari,
*mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung,
*tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik
*memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis
Golongan Berisiko
Individu yang melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi seperti pekerja pembinaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, pengendali jentera berhaba, atlet dan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di bawah sinaran matahari terik.
Selain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti meningkatkan lagi risiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik.
Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius.
Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

 

BAZAR RAMADHAN

 

Pesanan ini penting,untuk peniaga peniaga sepanjang bulan ramadhan, jaga kebersihan semasa mengendalikan makanan.

Juadah yang anda sediakan adalah untuk orang yang berpuasa. Jangan aniaya pembeli dengan menjual makanan yang telah rosak 🙏🏻

Sumber : Public Health Malaysia

panicattack

⚠️ Serangan panik berlaku secara tiba-tiba yang mungkin tanpa sebab atau penyebabnya terlalu remeh.
📌Simptom panik juga boleh menyerupai penyakit lain seperti penyakit jantung (heart problem) atau masalah tiroid seperti hyperthyroidism dan thyrotoxicosis.
🩺 Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor bertauliah untuk pengesahan dan rawatan yang tepat.

anxity

 

 

 

Tidak dinafikan, anxiety boleh menyebabkan beberapa simptom fizikal. Malah, disebabkan penghasilan hormon stres yang lebih tinggi daripada biasa, hampir semua sistem badan akan merasai impak negatifnya.

Cuba bayangkan, apa yang anda akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti anda akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.

 

Apabila seseorang mula rasa gelisah, tindak balas lawan atau lari mereka akan diaktifkan. Ini merupakan satu respons badan yang akan berlaku secara automatik tatkala kita berada dalam bahaya. Antara tanda fizikal anxiety ialah:

295246026 423308583164484 6008294634706708623 n

👍Hadkan pengambilan garam dan gula anak anda.

Sebaiknya:

✅ Sediakan snek berkhasiat seperti buah-buahan segar
✅ Pelbagaikan sumber makanan semula jadi
✅ Galakkan anak minum air kosong