292266303 120907143981683 2255540842750548414 n

Lemang semestinya makanan yang susah untuk ditolak jika dipelawa, lebih-lebih lagi di pagi Aidilfitri. Bentuknya yang silinder dan teksturnya yang melekit seakan-akan pulut tetapi ia berwarna putih berbanding pulut yang berwarna kuning. Lemang merupakan makanan tradisi yang dimasak ketika kenduri dan festival seperti Hari Gawai dan tidak lupa juga perayaan sebagai contoh, perayaan yang tidak asing lagi bagi umat Islam, perayaan Aidilfitri dan juga Aidil Adha. Jika tiada lemang di pagi Aidilfitri ia diibaratkan sebagai memakan nasi tanpa lauk-pauk.

Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia. Ini kerana lemang bukanlah makanan biasa yang mudah untuk di masak ia memerlukan teknik dan cara yang tepat. Oleh itu, sifat tolong-menolong sesama kita haruslah ada untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang memuaskan.

Di dalam sebatang lemang, jumlah tenaga yang terkandung di dalamnya dianggarkan sebanyak 3,778 kalori dan lemang juga tidak mengandungi dietari fiber. Selain itu,di dalam sebatang lemang, terdapat vitamin A yang bagus untuk tumbesaran, kalsium yang memberikan kekuatan kepada tulang dan zat besi yang bertindak sebagai bahan yang memproses protein di dalam badan kita.

LUBUK LEMANG

Lubuk lemang yang terletak di pekan awah, Diusahakan oleh pasangan suami isteri sejak 4tahun yang lalu.dari dulu hanyamengambil tempahan untuk perayaan sahaja dan sekarang dibuka setiap hari. -Bukan senang nak jumpa lemang yang betul - betul sedap macam ni. Yang pernah rasa je tahu nikmat lemang di Lubuk Lemang KG Awah. Lemang yang cukup rasa berlemak lembut pula tu, kalau makan sebatang pon belum tentu cukup. Harga lemang jugak tidak la mahal mana dan mengikut harga pasaran.Antara lemang paling sedap di kg awah.Di Lubuk lemang juga terdapat pelbagai makanan selain lemang, seperti pisang goreng, keropok goreng, pelbagai minuman abc, cendol,masakan panas, mee kari, laksa dan kuin muih,juga menarik kerana ramai yang datang dari pelusuk negeri.  Lubuk lemang ni hari biasa pon dia buka setiap hari dan  cuti hari Khamis sahaja.

 

 

291064047 120530770685987 9053425200376168579 n

 

 

PUDING RAJA

 

Zaman dulu, puding raja hanya disediakan sebagai santapan pencuci mulut ketika majlis pertabalan sultan,

hari keputeraan sultan dan hari pengurniaan pingat serta majlis membabitkan pembesar negeri.

Dahulu, puding raja tidak pernah dibawa keluar untuk rakyat jelata kerana ia santapan istimewa pihak istana.

Sebuah restoran yang menjanjikan kepuasan kepada penggemar-penggemar ikan sungai. Masak lemak yang sangat menyelerakan dengan resepi asli turun temurun. Restoran ini adalah sebuah destinasi yang sangat terkenal di Daerah Maran dan seringkali menerima kunjungan tetamu-tetamu VIP kerana keenakan masakanya yang sangat luar biasa!

KILIK DI SINI UNTUK VIDEO

Kepada peminat-peminat Shellout, jangan tak percaya! Walaupun jauh dari laut, tapi anda tetap boleh menikmati makanan laut di Maran! Dengan hidangan yang lazat, kuantiti yang banyak, hasil laut yang segar, view yang menarik, D'Maran Shellfood adalah restoran terbaik untuk anda yang meminati Shellout dan tempat terbaik untuk family gatherings! Apa tunggu lagi? JOM LA PEGI!!

KILIK DI SINI UNTUK VIDEO

Makanan

Menarik di Maran

RESTORAN ALOHA- Menyediakan hidangan masakan ayam kampung

 

Sringah Warisan Nasi Ayam

Nasi ayam di Sringah Warisan yang terletak di Kg Jengka Batu 13 amat terkenal di kalangan penduduk sekitar Mukin Bukit Segumpal. Kedudukan kedai yang strategik di tepi jalan memudahkan orang ramai untuk singgah di kedai ini.

Nasi Lemak kedai Kak Nor

Merupakan antara kedai nasi lemak yang menjadi pilihan dan terkenal di sekitar Kg Awah. Mempunyai rasa yang menepati citarasa penduduk kampung. 

 

Lontong Barakah

Lontong Barakah amat dikenal di sekitar penduduk Kg Awah, ini kerana rasanya yang sangat sedap dan lain dari yang lain. Sesiapa yang pernah merasai keenakan lontong pasti akan cuba lagi.