Pengalaman menghadapi bencana banjir kilat merupakan peristiwa getir dan pahit untuk semua orang—terutama sekali kanak-kanak dan keluarga mereka. Jika anda tinggal di kawasan banjir berisiko tinggi, ikuti langkah-langkah ini untuk melindungi diri dan keluarga anda.
Cara Bersedia Untuk Banjir
Maklumkan Kepada Keluarga Anda Tentang Banjir
Luangkan masa bersama supaya anda dapat berkongsi maklumat tentang bencana banjir dan punca kejadiannya.
Raptai Keselamatan Banjir
Ketahui laluan pemindahan selamat untuk diambil jika berlakunya bencana banjir. Kemudian, jalankan raptai bersama keluarga anda. Bincangkan di manakah titik temu yang dipersetujui jika anda terpisah. Sediakan “kit kecemasan” yang mempunyai bekalan makanan tak mudah rosak, kit pertolongan cemas, lampu suluh, bateri, botol air minuman yang dapat bertahan untuk beberapa hari andainya anda perlu meninggalkan kediaman anda, ataupun perkhidmatan umum terputus. Tanya sekolah anak-anak anda dan ketahui juga perancangan mereka jika berlakunya bencana banjir.
Ketahui Risiko dan Bahaya
Ketahui tentang jenis bencana banjir yang boleh berlaku dalam komuniti anda. Dapatkan maklumat daripada pihak berkuasa kawasan anda
sekiranya berlaku kecemasan. Ambil peduli tentang ramalan cuaca yang memaklumkan sebarang kemungkinan banjir dan ambil tahu tentang sistem amaran di kawasan anda dengan menyelidik siapakah pemberi amaran, bagaimana mereka menyampaikan maklumat dan berapa ramaikah sedar banjir akan, sedang, atau telah berlaku. Selain itu, penting untuk anda tahu juga tahap risiko kawasan anda menetap.
Ajar Anak-Anak Berenang
Lemas merupakan punca utama kematian semasa banjir.
Lindungi Dokumen Penting
Simpan sebarang dokumen penting seperti dokumen pengenalan di tempat tinggi rumah anda atau dalam bekas kedap udara dan kalis air (seperti beg plastik boleh tutup semula) bagi mengurangkan risiko kerosakan.
Apa yang Anda Perlu Lakukan Semasa Banjir
Dengar Arahan Pihak Berkuasa Kawasan Anda
Ikuti berita mengenai kawasan anda atau dengarkan siaran langsung terbaharu melalui stesen radio mengenai laporan cuaca dan nasihat rasmi. Jika anda diarahkan untuk berpindah, dapatkan kit kecemasan serta dokumen pengenalan anda dan lakukan dalam kadar segera. Jika penggerak balas pertama meletakkan sebat atau sekatan, jangan cuba melintasi batas tersebut—ia diletakkan untuk mengarahkan orang jauh dari kawasan berbahaya.
Lindungi Rumah Anda
Jika anda berpeluang dan berkemampuan, cabutkan peralatan elektronik dan matikan sebarang utiliti seperti suis elektrik, saluran gas dan air sebelum meninggalkan kediaman anda. Lakukan dengan cermat dan elakkan daripada tercedera.
Naik ke Tanah Tinggi
Elakkan berada di kawasan air yang bergenang, mengalir atau sedang naik. Bergerak ke tanah lebih tinggi dan jangan cuba untuk meredah, berenang atau memandu di kawasan air banjir yang mengalir deras. Jika anda berada di dalam sebuah kenderaan dan air mula memasuki kenderaan anda, segera keluar dan naik ke bumbung kenderaan tersebut. Jika anda terperangkap dalam sebuah bangunan, bergerak ke tingkat lebih tinggi atau terus menaiki kawasan atap jika perlu. Jangan memasuki kawasan tertutup di tingkat paling tinggi rumah anda, contoh seperti loteng atau para—ruang tersebut berisiko untuk memerangkapkan anda jika air banjir sedang meninggi.
Jangan bagi anak-anak meredah kawasan air banjir yang mengalir atau bergenang
Walaupun jumlah air yang berada di tingkat bawah itu cetek, ia masih berisiko untuk kesihatan anak-anak anda. Ingatkan anak-anak belia anda untuk tidak membawa kenderaan mereka semasa berlakunya banjir.
Pastikan Keluarga dan Rakan-Rakan Tahu Keadaan Anda
Sebaik sahaja anda berada di kawasan selama dan saluran komunikasi sudah ada, pastikan anda memaklumkan keluarga dan rakan-rakan anda tentang status anda terkini secepat mungkin.
Gelombang haba adalah keadaan cuaca yang berpanjangan di mana suhu mencapai tahap yang sangat tinggi melebihi purata harian, menyebabkan keadaan panas yang tidak biasa dan berpotensi membahayakan kesihatan.
"Cegah gelombang panas dengan cara berikut:
- 1) Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
- 2) Pakai pakaian longgar dan berwarna terang untuk melindungi diri daripada terik matahari.
- 3) Cari tempat teduh atau gunakan payung ketika di luar.
- 4) Elakkan aktiviti luar pada waktu tengahari yang paling panas.
- 5) Gunakan kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan udara di dalam rumah.
- 6) Amalkan penggunaan penapis matahari dan kaca cermin pada kenderaan untuk mengurangkan pemanasan dalaman."
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
- Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
- Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
- Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
- Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.