• lemas

 

Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.

  • Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
  • Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
  • Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
  • Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.

  • Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.