PRODUK TEMPATAN
Kebanyakan produk tempatan yang di hasilkan di sekitar kampung tradisional Kg Awah adalah berdasarkan produk Industri Kecil Sederharna.
Antara produk yang di usahakan adalah seperti :
1. Air Nira Kabung
2. Gula Kerek Kabung
Gula Kabung amat terkenal di sekitar kampung Awah,Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung adalah bubur kacang, kuih koci, buah melaka, dodol, wajik, agar-agar,, air batu campur, cendol dan sebagainya
Pokok Kabung dipanjat untuk mendapatkan nira dan nira yang diperolehi dimasak sehingga pekat dan di tuang ke dalam acuan yang telah disediakan.
Air nira jua amat sedap jika di minum ketika cuaca panas. Air nira boleh di dapati di sepanjang jalan dari Kg Awah ke simpang Chenor.