Nasi Manis Gula Kabung Dapur Nenek
Nasi manis atau dikenali sebagai wajik adalah makanan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Terdapat berbagai jenis nasi manis dalam pasaran Malaysia dan pembuatannye berbeza di pelbagai negeri. Kali ini saya mahu cerita mengenai Nasi Manis Gula Kabung Dapur Nenek. Nasi manis ini dihasilkan oleh Puan Suhaila Aishah binti Abdul Ghani iaitu Pengasas dapur nenek , selain nasi manis beliau juga menjual dodol yang dibuat daripada gula kabong.
Di Pahang gula kabung adalah pemanis yang sering digunakan seperti mana Gula Melaka yang ada di Melaka. Gula Kabung diperolehi dari nira pokok kabung. Rasa gula kabung dan gula melaka adalah beza sama sekali. Harga gula kabung juga berbeza mengikut tempat dan lokasi.
Bahan utama yang digunakan untuk membuat nasi manis adalah beras pulut, santan dan gula kabung. Masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses mengacau dan mengukus nasi manis. Saya pernah tanya kepada beliau untuk menggunakan mesin dan beliau jawab mesin nasi manis tidak dapat kacau pulut hingga ke bawah kuali dan boleh menyebabkan nasi manis hangit. Kebiasaannya masa yang diperlukan adalah sekitar 3 jam dan keatas bergantung pada berat nasi manis yang dibuat.
Keistimewaannasi manis Gula Kabung dapur nenek adalah tiada pengawet. Jadi rasa masih asli namun tidak boleh bertahan lama. Jangka masa nasi manis sekitar 7 ke 9 hari sahaja. Selalunya tak sampai 6 hari sudah habis dimakan kerana tekstur nasi manis yang lembut dan mudah dikunyah membuatkan sesiapa yang makan tidak boleh berhenti.
Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di sini - shopee.com.my/shuhailaaisah
Hubungi No Telefon : +60 19-670 1127 Puan Suhaila Aisah