TANGGAL 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia di mana Stadium Merdeka menjadi saksi laungan Kemerdekaan bergema dengan kehadiran ribuan rakyat.
Pengisytiharan kemerdekaan yang menandakan Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British secara rasminya sejak lebih 170 tahun lampau merupakan saat yang dinantikan oleh semua rakyat dengan penuh debar.
Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Putra Al-Haj dihadiri lebih 20,000 rakyat Persekutuan bersama-sama Raja-Rajanya serta perwakilan daripada negara-negara Komenwel dan negara-negara asing lain menyaksikan acara pengisytiharaan itu.
Kini setelah 66 tahun Malaysia Merdeka, pelbagai pembangunan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama secara toleransi dan harmoni. Malah setiap tahun pada 31 Ogos, Malaysia akan meraikan kemerdekaan tanah air ini dengan pelbagai cara.
Erti kemerdekaan
Dewasa ini, kebanyakan generasi muda menganggap merdeka itu hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! serta mengibar Jalur Gemilang semata.
Namun golongan ini perlu sedar bahawa kemerdekaan jiwa dan minda perlu dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.
Sedar ataupun tidak, generasi muda pada hari ini berhadapan dengan ancaman penjajahan bentuk baharu iaitu pemikiran dan budaya asing menerusi pelbagai platform media sosial seiring dengan kepesatan teknologi digital masa kini.
Perkara ini perlu diberikan perhatian
khusus oleh semua agar golongan muda tidak terus hanyut dengan ‘dunia’ mereka tanpa pengawasan daripada keluarga serta sektor pendidikan.
Semangat patriotisme
Semangat patriotisme cintakan tanah air perlu ditanam utuh dalam diri masing-masing terutamanya generasi muda kerana mereka tidak melalui fasa perit jerih membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.
Penghayatan erti sebenar kemerdekaan perlu diterap kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri malah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu serta memahami asal usul sejarah kemerdekaan tanah air.
Kesejahteraan dan keharmonian negara kita pada hari ini tentunya tidak akan dikecapi tanpa pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.
Tanpa mereka, negara kita mungkin masih dijajah oleh penjajah.
Ayuh sama-sama semua rakyat Malaysia mengambil peluang menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan kerana kemerdekaan itu bukan sekadar berkisar tentang sejarah
semata-mata malah ada perjuangan, keringat dan air mata yang telah dilaburkan.
SEJARAH GUNUNG BERAPI DI PAHANG.
Ramai yang tak tahu bahwa Semenanjung Malaysia dahulu mempunyai gunung berapi yang banyak sekali dan tersusun cantik sepanjang banjaran titiwangsa . Jutaan tahun dahulu sebenarnya semenanjung Malaysia yang asal ialah Perlis ,Kedah , Perak ,Selangor , Negeri Sembilan dan Melaka
Namun plat Cathaysia yang mempunyai negeri Kelantan , Terengganu , Pahang dan Johor telah bertembung dengan plat Sibumasu iaitu tanah semenanjung asal .
Akibat dari pertembungan , tekanan dan pelanggaran kedua tektonik ini , ianya telah mewujudkan barisan gunung berapi disepanjang banjaran ini . Pada waktu itu gunung-gunung berapi ini semuanya adalah aktif . Namun setelah ia berlanggar sepenuhnya barulah gunung berapi yang aktif tadi bertukar menjadi separuh aktif , pendam sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati .
Lalu setelah banjaran-banjaran gunung berapi ini mati , ianya telah membentuk menjadi bukit pergunungan dan Banjaran baru yang sekarang kita kenali sebagai Banjaran Titiwangsa , Banjaran Bintang , Banjaran Keledang , Banjaran Bintang Tahan dan Banjaran Benom .
Prof Madya Dr.Habibah berkata , banjaran gunung berapi tersebut dikirakan wujud semasa usia akhir 237 juta tahun yang lalu . Disebabkan aktiviti gunung berapi inilah terdapat banyaknya emas-emas , bijih besi , timah , perak dan pelbagai sumber mineral lain yang menjadikan Malaysia berjaya menjadi kuasa besar dunia pada zaman lampau sehingga dizaman moden ini . Sehingga mampu membangunkan negara China sebanyak dua kali di zaman kejatuhan mereka , apakah mereka tidak sedar?
Dari tanah yang kaya dengan sumber mineral ini jugalah menyebabkan Malaysia mempunyai kayu-kayu balak yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan beratus ribuan tahun seperti Belian , cengal , tualang , mempening , penaga dan banyak lagi kayu berkualiti Gred A kelas Satu dan tahan lama . Jadi tidak hairan lah Malaysia mampu menjadi empayar penguasa lautan dan pencipta pengangkutan pertama di dunia iaitu industri perkapalan suatu ketika dahulu .
Siapa kata Melayu Pemalas? Sehinggakan maharaja china telah meminta bantuan Empayar Melayu Srivijaya untuk melabur , membina dan mengajar mereka ilmu tukang perkapalan . Maka terbitlah tentera laut yang pertama di china dibawah telunjuk Srivijaya . Tidak mungkin Laksamana Cheng Ho mampu pusing keliling dunia jika bukan kerana bantuan Empayar Melayu .
Berbalik kepada tajuk utama kita mengenai Gunung Berapi Temerloh . Abang pernah berjumpa dengan ahli kasyaf di suatu lokasi pertapaan di atas sebuah gunung . Menurut ahli kasyaf , gunung berapi ini masih separa aktif namun tidaklah ditahap serius . Namun jika berlaku lagi gempa bumi di sekeliling Tanah Melayu ini , kita bakal menyaksikan gunung berapi tersebut akan menjadi total aktif . Bukan sahaja gunung berapi Temerloh yang masih berfungsi sehingga kini , namun terdapat beberapa lagi gunung yang masih aktif mengeluarkan sumber mineral seperti gunung berapi Gunung Tahan.
Tanda-tanda hasil aktiviti letusan gunung berapi ditemui sepanjang jalur tengah semenanjung Malaysia , terutama di Kampung Awah . Kampung Awah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam mukim Bukit Segumpal , kira-kira 18km dari bandar Temerloh dan 35km dari bandar Maran ,Pahang . Lokasi terpaksa dirahsiakan dan diubah .
Ahli geologi tempatan menjangkakan bahawa lokasi gunung berapi paling aktif berkemungkinan terletak berdekatan dengan kawasan tersebut . Kerana pengkaji telah menemui pelbagai jenis batuan gunung jauh lebih banyak berbanding di tempat-tempat lain . Berdasarkan penemuan ini ahli geologi yakin bahawa pusat gunung berapi suatu tika dahulu terletak di negeri Pahang .
Tahun 2012 sebenarnya adalah waktu bermulanya pembentukan bumi untuk menyediakan dirinya sehingga diwaktu bumi meletup pada akhir zaman . Dimana salah satunya ialah dengan mengaktifkan kembali gunung-gunung berapi diseluruh dunia . Disebabkan itu terdapat banyak bencana alam yang dahsyat berlaku pada tahun-tahun sekitarnya .
Secara tidak langsung juga , ianya telah mengakibatkan fasa permulaan atau kelahiran semula pembentukan baru sumber mineral di dunia terutamanya emas! Bermakna emas yang ada sekarang adalah di fasa awal iaitu belum matang sepenuhnya . Fasa ini terpecah kepada tiga bahagian dan fasa akhir ialah setelah 10 tahun bermula sekarang . Kepada penduduk Temerloh dan kawasan sepanjang banjaran emas tersebut anda tahu apa perlu anda lakukan bukan?
Bahasa mudahnya batuan-batuan dibawah kerak bumi akan menolak emas tersebut sehingga muncul ke dasar permukaan , kerana ia muncul dengan jumlah yang banyak . Jadi tak perlu lah korek sangat pun . Adakah ini semua mustahil?
Bagaimana mungkin semua ini terjadi tanpa logik sains akal bukan? Itulah sebab mengapa bumi sedang aktif kembali dan akan mengeluarkan semua hasilnya sebelum ianya mati . Di satu tahap , bumi akan mengeluarkan semuanya hatta isi perutnya sendiri hingga menyebabkan bumi ini terburai .
SEJARAH NEGERI PAHANG
Sejarah negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka lagi, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada kurun ke-16 Masihi, iaitu permulaan wujudnya kerajaan Melayu Johor, sempadan negeri Pahang, disebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang kini, di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
ASAL USUL NAMA PAHANG
Pada zaman dahulu, negeri Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225, Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan tulisan Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam Asli ertinya timah. Orang Siam Asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Lembing.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang iaitu Pekan dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Kuala Lipis. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.
ASAL USUL NAMA KAMPUNG AWAH
Menurut cerita orang tua-tua, perkataan 'Awah' berasal daripada perkataan 'terkelewah'. Diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu ada sekumpulan orang Asli sedang memancing di suatu paya. Mereka telah hampir-hampir berjaya menangkap ikan yang besar, namun mata pancing telah 'terkelewah' (bengkok). Dari situlah nama Kampung Awah diperolehi.
*Rujukan Wikipedia
http://kgawah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah#sigFreeIdb113242ff7