Bagaimana bezakan demam selesema biasa, influenza, demam denggi? Lihat tanda-tanda ini!

portal

SEJAK kebelakangan ini kita dapati ramai orang yang demam, sakit tekak, batuk dan juga selesema. Bercakap perihal ini memang kita harus berjaga-jaga kerana mungkin juga ia adalah jangkitan COVID-19.
Namun jika ujian dapati negatif COVID-19, apakah pula jenis demam yang anda hadapi? Sejak akhir-akhir ini kita dapati semakin banyak jangkitan demam influenza yang bukan hanya pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.Simptom demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan ini adalah simptom demam biasa. Walau bagaimana pun jangan mudah berasa aman ya. Mungkin itu juga petanda jangkitan influenza.
 
Kedua-dua jenis demam biasa dan influenza berlaku disebabkan oleh virus. Ini kerana virus merupakan agen penyebab penyakit tersebut. Tapi apa yang membezakannya ialah virus yang berlainan.
Bagi demam selsema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C. Difahamkan terdapat kira-kira 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.
 
Manakala influenza atau juga dikenali dengan panggilan flu pula disebabkan oleh virus influenza. Virus ini terdiri daripada jenis A, B, C dan D.
Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil.
Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.
 
CARA BEZAKAN JENIS DEMAM
 
Memetik artikel dari laman sesawang HelloDoktor, membezakan kedua-dua jenis demam biasa dan influenza adalah agak mustahil. Melainkan dengan ujian makmal yang khusus.
Akan tetapi secara amnya simptom influenza didapati lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Ia berbeza dengan demam selesema biasa yang agak ringan dan datang secara beransur dan bukan mengejut.
Berikut merupakan beberapa perbezaan yang boleh anda perhatikan:
 
* Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C
* Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu
* Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa
* Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa
* Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu
* Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu
 
Perhatikan tanda amaran yang perlu anda dapatkan rawatan perubatan dengan segera seperti sesak nafas, bibir dan kulit berwarna biru, muncul ruam dan penat hingga tidak mampu bangun.
 
KEMUNGKINAN DENGGI?
 
Anda juga tidak boleh ketepikan kemungkinan demam denggi. Simptom seperti demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi.
Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.
Walau apa sekali penyakit yang mengjangkiti anda atau keluarga, teruskan amalkan gaya hidup sihat. Pastikan juga kebersihan diri sentiasa terjaga sama ada di rumah mahu pun di luar.

 

463044390 947580437403960 7586282661622143026 n

 

Nasi lemak  juga merupakan menu sarapan yang bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ianya terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.🌍

Secara asasnya nasi lemak adalah beras yang dimasak bersama santan 🥥 dan daun pandan bagi menaikkan rasanya. Kemudian ianya dihidang dengan sambal tumis yang sedap dan pedas, hirisan timun 🥒, telur rebus🥚, ikan bilis dan kacang yang digoreng.

‼️Namun, nasi lemak juga perlu diambil dengan cara yang “sihat”. Anda boleh nikmati nasi lemak tanpa rasa bersalah dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh. ⚠️ Selain itu, kawal pengambilan lauk tambahan dan sebaiknya pilihlah jenis lauk yang rendah kalori dan kurang lemak. Jangan lupa juga untuk kawal kuantiti nasi dan sambal anda supaya tidak terlebih-lebih kalori yang diambil.

 

 

Memahami kesihatan mental kita

 

KESIHATAN mental sering kali dianggap remeh oleh masyarakat, malah terdapat stigma masyarakat sekeliling yang menganggap ia berkaitan dengan ‘penyakit gila’.Sejak pandemik Covid-19 melanda pada hujung 2019, masalah kesihatan mental mendapat perhatian.Ini disebabkan kes berkaitan kesihatan mental meningkat dan ia dapat dilihat daripada jumlah mereka yang menerima rawatan.Keadaan ini menimbulkan kegusaran masyarakat kerana implikasinya akan menjejaskan prestasi individu dan organisasi.

Mereka yang mengalami kesihatan mental akan mudah terdedah kepada tindakan berisiko dan luar kawalan.Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial, tidak hanya ketiadaan penyakit.

Seseorang individu normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya melakukan aktiviti seharian seperti biasa.Berlainan dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, fungsi seharian akan terjejas.Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.

Risiko adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, faktor psikologi dan masalah personaliti tertentu, ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan keabnormalan otak.Seseorang itu akhirnya berpotensi mengalami kemurungan, bipolar dan skizofrenia.

Pakar Perubatan Psikiatri, Hospital Cyberjaya, Dr Aida Harlina Abdul Razak berkata, stigma terhadap penyakit mental perlu dihapuskan dalam kalangan masyarakat bagi memberi ruang kepada penghidap penyakit tersebut untuk tampil mendapatkan rawatan sewajarnya.Stigma masyarakat yang sering menggambarkan individu yang menghidap penyakit ini sebagai lemah semangat, sekali gus tidak berani tampil mendapat bantuan pakar.Ujarnya lagi, akibat stigma yang terlalu kuat dipegang oleh masyarakat, individu merasakan dirinya terpinggir.

Selain itu, Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 mendapati sebanyak 2.3 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami masalah kemurungan.Dapatan Kajian NHMS 2022 pula menunjukkan seorang daripada lapan remaja pernah terfikir untuk membunuh diri dan satu daripada 10 remaja pernah cuba membunuh diri.Keadaan ini sangat membimbangkan dan perlu usaha yang proaktif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan rakan-rakan strategik kementerian berkenaan.

Justeru, seperti saranan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, KKM perlu menitikberatkan isu kesihatan mental dan depresi dalam kalangan rakyat negara ini.Ini termasuk mengadakan sesi kaunseling dan pelbagai inisiatif program menggunakan komunikasi dua hala supaya individu mengalami masalah berkenaan mampu meluahkan perasaan atau tekanan yang dialami.

Jika tidak diberi penekanan segera, ia akan memberi masalah kepada masa hadapan negara sekiranya tidak diselesaikan dengan tuntas.Pihak majikan juga boleh bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan untuk menganjurkan sesi seperti ceramah oleh kaunselor untuk pekerja mereka bagi mengawal emosi.Kesihatan mental adalah penting bagi manusia.Sesiapa sahaja berhak untuk mencapai tahap kesihatan mental tertinggi.Justeru, pastikan kesihatan mental diri sendiri diutamakan.Dapatkan bantuan segera tanpa rasa takut atau malu sekiranya ada rasa yang tidak kena dengan mental kita untuk kebaikan bersama.

 

 
 
 
Adakah anda tahu bahawa anda boleh mengawal kesihatan jantung anda sendiri apabila melibatkan faktor risiko yang boleh diubah suai? Berikut adalah 8 petua gaya hidup sihat yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
 

8 Cara Menjaga Kesehatan Jantung Anda

Terdapat beberapa faktor risiko yang tidak boleh diubah suai, contohnya, sejarah keluarga penyakit kardiovaskular. Namun, sebahagian besarnya, anda masih boleh mengawal kesihatan jantung anda sendiri apabila melibatkan faktor risiko yang boleh diubah suai seperti kolesterol, tekanan darah, paras gula dalam darah, berat badan, pengambilan makanan, tahap aktiviti fizikal, dll.

Ketahui lebih lanjut tentang petua gaya hidup sihat ini yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

  1. Makan makanan seimbang dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
    Pemakanan seimbang ialah diet yang menyihatkan jantung. Buah-buahan dan sayur-sayuran penuh dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat - ini adalah nutrien yang bagus untuk jantung anda.
    Berusaha untuk memasukkan lima cawan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet harian anda.
  2. Sertakan lemak baik dalam diet anda
    Pengambilan lemak haiwan perlu dikurangkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol dan risiko penyakit jantung. Namun, lemak baik seperti minyak zaitun, avokado, salmon liar dan kekacang harus dimasukkan ke dalam diet anda kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Elakkan gula tambahan
    Gula wujud secara semula jadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula tambahan merujuk kepada gula bukan semulajadi dalam makanan. Fikirkan gula dalam sepotong buah (gula semula jadi) dan donat (dengan gula tambahan).
    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Perubatan Dalaman JAMA, terdapat hubung kait positif antara orang yang mengambil pengambilan gula yang tinggi dan risiko kematian yang lebih tinggi akibat penyakit jantung, walaupun mereka tidak mempunyai berat badan berlebihan.
  4. Jaga berat badan anda
    Obesiti boleh menyebabkan rintangan insulin, keadaan yang dikaitkan dengan penyakit jantung, terutamanya jika lemak tertumpu di kawasan perut.
  5. Berhenti merokok
    Bahan kimia dalam rokok boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, saluran darah anda dan juga membawa kepada aterosklerosis, iaitu penyempitan dan penyumbatan arteri anda.
  6. Hadkan penggunaan alkohol anda
    Pengambilan alkohol yang tinggi boleh melemahkan otot jantung dan membawa kepada aritmia, juga dikenali sebagai rentak jantung yang tidak teratur.
  7. Aktif secara fizikal
    Jantung anda adalah otot terkuat dalam badan anda. Seperti semua otot, senaman akan membantu menguatkan jantung anda supaya dapat mengepam darah dengan lebih cekap. Menjadi aktif secara fizikal boleh semudah keluar berjalan-jalan setiap hari atau menaiki tangga di tempat kerja.
  8. Urus tahap tekanan anda
    Tahap tekanan yang tinggi sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi yang menyebabkan jantung anda bekerja di bawah tekanan yang meningkat secara berterusan. Amalkan beberapa latihan pernafasan dan meditasi untuk menguruskan tahap tekanan anda.

Demam influenza adalah sejenis jangkitan saluran udara bawah. Virus ini mempunyai beberapa jenis seperti jenis A dan B. Apa itu influenza A dan B? Kedua-dua jenis virus ini boleh menjangkiti manusia dengan jenis A juga boleh menjangkiti spesis haiwan. Influenza A adalah jenis yang lebih kerap menyerang manusia dan mempunyai banyak lagi sub-set sebagai contoh influenza A H1N1

Bagaimana Virus Ini Ditularkan?

Virus ini sememangnya berada dalam komuniti tetapi tidak berapa aktif untuk menjadi wabak. Ianya selalu menjadi wabak di negara kita pada musim hujan dimana penyebarannya ketika itu lebih meluas. Virus ini disebarkan melalui orang ke orang dengan beberapa cara iaitu:

  1. .Melalui batuk
  2. .Melalui bersin
  3. .Menyentuh permukaan yang disentuh pesakit 
  4. .Titisan seperti daripada air liur pesakit
  5. Apakah Gejala-Gejala Demam Influenza Yang Perlu Saya Awasi Ya Doktor?

    • Demam - Apa yang membezakan demam bagi jangkitan influenza dan demam sakit-sakit lain adalah suhu pesakit selalunya tinggi dan diantara 38 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius dan boleh bertahan sehingga 3-4 hari. Bagi kanak-kanak, mereka lebih mudah mendapat suhu yang tinggi berbanding orang dewasa.
    • Sakit sendi dan otot - Antara simptom utama jangkitan virus ini adalah sakit sendi yang jarang dijumpai dalam selesema biasa.
    • Selesema - Gejala ini juga kerap menjadi yang pertama timbul dan menyebabkan kesukaran doktor untuk menentukan samada ianya adalah selsema biasa ataupun jangkitan influenza melainkan jika sememangnya terdapat wabak virus ini pada ketika itu. 
    • Batuk - Oleh sebab virus ini menjangkiti saluran udara bawah, maka ia akan mencetuskan keradangan pada saluran udara dan juga tindak balas (refleks) batuk bagi badan mengeluarkan virus ini daripada badan. 
    • Menggigil - Mungkin anda akan tertanya-tanya mengapa simptom ini penting bukan? Hal ini kerana gejala ini tidak dijumpai dalam semua kes demam dan sekiranya pesakit mempunyai simptom ini, ia boleh membantu doktor mengarahkan perhatian mereka kepada jangkitan oleh virus ini berbanding penyakit-penyakit lain. 
    • Sakit kepala - Simptom ini tidak berapa khusus kepada demam influenza ini namun ianya masih penting untuk membezakan antara selesema dan penyakit influenza ini. 
    • Muntah dan Cirit-birit - Bagi sesetengah pesakit terutamanya kanak-kanak, mereka juga boleh mengalami simptom ini berbanding dengan orang dewasa. Dan sekiranya teruk, maka rawatan khusus di hospital adalah diperlukan bagi mengelakkan dehidrasi. 

Adakah Terdapat Cara-Cara Yang Kita Boleh Ambil Untuk Cegah Virus Ini?

Virus ini boleh dicegah dengan cara seperti:

  • .Membasuh tangan dengan sabun dan air selepas makan, ke tandas ataupun menyentuh permukaan yang disentuh pesakit
  • .Memakai topeng muka
  • .Mengelakkan kawasan yang ramai orang
  • .Mengambil vaksin influenza tahunan bagi mereka yang berisiko tinggi
  • .Pengasingan pesakit yang positif

Kalendar

December 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31