Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.

Sungai dan air terjun ini dinamakan “Berkelah” disebabkan terdapat spesies ikan kelah yang telah menjadikan sungai tersebut sebagai habitat tetapi spesies kelah ini telah mengalami penurunan yang teruk, dan kini boleh diklasfikasikan sebagai spesies terancam.