laporan akt

 Tarikh  14 Jun 2024
 Masa : 10.00 pagi - 1.50 petang
 Lokasi NADI kg Awah
 Peserta Komuniti

 

Tujuan

Kelas ICT Microsoft Word Level 1 bersama pelajar sekolah menengah ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran mengenai Microsoft Office Word 2021. Selain itu, objektif kelas ini juga dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar yang menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kertas kerja. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai komponen Microsoft Word serta fungsi yang terdapat di dalam Ms Word 2021. Selain itu, petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam Ms Word 2021. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas seperti ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang Ms Word 2021 yang membantu para pelajar khususnya di peringkat sekolah menengah dalam penggunaan ICT.