Apa itu pandemik? Untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu, berikut penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik.
Vaksin Covid-19 hanya boleh dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penjualan atau pembekalan vaksin melalui mana-mana medium lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Vaksin yang dijual di pasaran mungkin adalah tiruan, palsu ataupun datang daripada sumber yang tidak sah.
Orang awam diminta bersabar menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin.
Daftar giliran anda menggunakan applikasi MySejahtera.
Pastikan ubat yang hendak dibeli mempunyai nombor pendaftaran ‘Mal’ dan pelekat hologram ‘Pharmatag’. Semak status nombor pendaftaran ubat atau nombor notifikasi kosmetik di laman www.pharmacy.gov.my
Tuan tuan dan puan puan boleh menderma darah di pusat pendermaan statik berikut. jangan lupa membawa buku merah atau dapatkan slip pendermaan di post sebelum ini ya.
1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin : Tutup
Selasa – Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
4. Tabung tabung darah berdekatan.
Sebarang pertanyaan berkenaan pendermaan darah boleh hubungi talian yang tertera, dari 8 pagi hingga 5 petang hari bekerja.
Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia