BERTENANG..Jangan panik..
Sekiranya anda mengetahui jiran atau kenalan yang disyaki positif COVID-19 atau individu dalam perintah kuarantin,
APA YANG PERLU ANDA BUAT:
1. Usah risau atau panik, anda tidak berisiko dijangkiti jika:
Tidak berjumpa langsung dengan kes atau individu dalam perintah kuarantin tersebut.
Pernah berjumpa tetapi berbual dengan jarak lebih 1 meter.
Sentiasa pakai pelitup muka semasa berbual.
2. Risiko untuk anda dijangkiti adalah rendah. Anda boleh jalani aktiviti seharian seperti biasa.
Sentiasa amalkan norma baharu:
Pakai pelitup muka.
Jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer.
Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala.
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
JANGAN MENJANGKITI & JANGAN DIJANGKITI.