Bagi musim haji tahun 1443 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua (2) tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.
Sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji:
Perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas.
Mengesyorkan pengambilan dos penggalak.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan yang berisiko.
Oleh itu, dikongsikan saranan pengambilan dos penggalak kepada bakal Jemaah haji mengikut kumpulan umur dan faktor risiko.
Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).