275926118 341561381339205 2705982320376883181 n

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 6 – Amalkan TRIIS

Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala. Ujian kendiri juga digalakkan sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19 atau sebagai saringan sebagai langkah berjaga-jaga.

✔️ Kit ujian kendiri mudah didapati di kedai-kedai dan di farmasi.

✔️ Pastikan ianya diluluskan oleh MDA.

✔️ Lakukan ujian mengikut tatacara kit ujian tersebut.

✔️ Keputusan ujian samaada positif atau negatif perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.

✔️ Sekiranya positif, isolasi diri serta merta secara bertanggungjawab sehingga tarikh yang dinyatakan pada HSO yang akan diberikan melalui MySejahtera dan ikuti tatacara TRIIS.

✔️ Semua kontak dalam masa tiga hari sebelum gejala/ujian perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera