Influenza
Biasanya dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus
RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk,
hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh
menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia
dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.
Tanda-tanda:
Simptom influenza dan demam selesema lebih kurang sama pada awalnya. Kemudiannya, simptom influenza menjadi lebih teruk daripada demam selesema.
Demam yang tinggi lebih daripada 38 darjah celcius, sakit-sakit otot dan sendi, kepala, batuk dan selesema, sakit tekak, badan berasa lemah.
Langkah mengawal wabak influenza:
1. Kenali tanda dan rujuk pakar jika mengalami tanda awal.
2. Titik beratkan keadaan kesihatan dan mengambil vaksinasi influenza.
3. Tidak mengambil ringan penjaga kebersihan diri.
4. Jika mempunyai tanda influenza, jauhi dari orang ramai sekurang-kurangnya jarak satu meter.
Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
-Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
-Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
-Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
-Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
-Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
-Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
-Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
-Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
-Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
-Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
-Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
-Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting.
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
-Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
-Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
-Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir
SEMASA BANJIR – DIDALAM KENDERAAN
- -Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
- -Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH
-Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
-Bersedia dengan peralatan kecemasan
-Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.