Influenza 1

Influenza

Biasanya dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus

RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demamsakit tekaksakit ototsakit kepala teruk,

hidung berhingus serta tersumbat, batukkelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh

menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia

dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

Tanda-tanda:

Simptom influenza dan demam selesema lebih kurang sama pada awalnya. Kemudiannya, simptom influenza menjadi lebih teruk daripada demam selesema.

Demam yang tinggi lebih daripada 38 darjah celcius, sakit-sakit otot dan sendi, kepala, batuk dan selesema, sakit tekak, badan berasa lemah.

Langkah mengawal wabak influenza:

1. Kenali tanda dan rujuk pakar jika mengalami tanda awal.

2. Titik beratkan keadaan kesihatan dan mengambil vaksinasi influenza.

3. Tidak mengambil ringan penjaga kebersihan diri.

4. Jika mempunyai tanda influenza, jauhi dari orang ramai sekurang-kurangnya jarak satu meter.