Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
-Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
-Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
-Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
-Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
-Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
-Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
-Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
-Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
-Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
-Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
-Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
-Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting.
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
-Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
-Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
-Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir
SEMASA BANJIR – DIDALAM KENDERAAN
- -Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
- -Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH
-Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
-Bersedia dengan peralatan kecemasan
-Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.