pelancongan

Temerloh ada banyak tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga.

Bagi yang ada anak-anak kecil tapi tak tahu mana nak bawa mereka jalan-jalan di Temerloh, Kubang Gajah Mini Waterpark dapat menceriakan percutian anda bersama mereka di bandar Temerloh.

Melihat pintu gerbang berwarna-warni yang menjadi pintu masuk, memang menarik dan penuh ceria.

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah, Temerloh ini sebenarnya telah dibuka sejak Ogos 2014.Antara keseronokan yang dapat dinikmati oleh kanak-kanak di Kubang Gajah Mini Waterpark ialah gelongsor air, kolam mandi kanak-kanak, air pancutan, terowong laluan air, bot kayuh dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan.

 

Info Harga Tiket dan Waktu Operasi

 

1) CUTI UMUM,CUTI SEKOLAH , SABTU & AHAD

 

Waktu Buka : Setiap hari

Waktu Buka  : 9.00 pagi - 7.30 malam

 

Dewasa : RM10.00

Kanak-kanak (2-12tahun): RM8.00

 

OKU (Kad OKU) & Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM5.00

TIADA TIKET PENJAGA ( PROMOSI HARI SEKOLAH SHJ)

 

2) HARI SEKOLAH ( HARI BIASA )

 

Waktu Buka : Setiap Hari kecuali Rabu

Waktu Buka  : 2.00 petang - 7.30 malam

 

Dewasa : RM10.00

Kanak-kanak (2-12tahun): RM8.00

 

OKU (Kad OKU) & Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM5.00

TIKET PROMOSI PENJAGA : RM1.00 (hari sekolah sahaja)