Usahawan

Nama  : Pn Noriza bt Mohd Ronor
Umur : 47 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Noriza Bt Mohd Ronor seorang pengusaha cafe di bandar Maran, selain daripada itu beliau juga ada menghasilkan produk sejuk beku iaitu Roti canai Gulung
Bagi terus mempromosikan produk beliau, beliau rajin mengikuti kelas di PEDi dan juga di empower ecer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak takut dan risau dengan penggunaan internet pada mulanya, tapi menjadi seronok selepas mengetahui pelbagai perkara boleh dibuat menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sememangnya harapan kami sebagai petugas mahu melihat beliau meningkat seiring dengan kemajuan teknologi, supaya amalan konservatif dalam perniagaan dapat dikurangkan dan pelbagaikan medium perniagaan.

Usahawan

Nama  : Pn Norul Huda bt Md Yusof 
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Norul Huda ,42 Tahun, merupakan seorang suri rumah yang berwawasan,ini kerana beliau suka meniaga produk sendiri terutamanya Kuih Tiram yang menjadi kegilaan ramai diwaktu – waktu santai. Beliau juga rajin menghadiri kelas-kelas yang dijalankan di daerah Maran.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau memang kurang menggunakan ICT, biasalah geng veteran, tapi semangat dan ketekunan beliau sangat kuat, tidak mudah mengalah, itu yang menguatkan petugas untuk memberi tunjuk ajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selain menggunakan medium “online marketing” myshop, Beliau juga diberikan kelas-kelas bimbingan lain, ini bagi mempersiapkan beliau dengan pengetahuan berkenaan online marketing dan menyuntik semangat usahaniaga beliau

KEMAHIRAN ICT

Nama : Nur Amalin Sofea binti Aziki
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nur Amalin Sofea Bt Aziki merupakan anak ke 3 dari 5 orang adik beradik, beliau berumur 11 tahun dan bersekolah di SK Tg Perang. Ibu beliau merupakan seorang jururawat masyarakat di Klinik Pekan Sehari Kg Awah. Beliau merupakan kanak-kanak yang aktif dan bersemangat, rajin bertanya dan belajar. Selain itu, beliau juga berminat dalam bidang masakan dan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, Awal 2016 ketika beliau baru lagi berpindah ke Pahang, kelihatannya beliau amat kurang pengetahuan berkenaan ICT, malah tidak cekap menaip dan tidak mahir mengendalikan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau merupakan anak yang cepat belajar, gigih dan rajin berusaha, dengan cepat dapat belajar menggunakan computer, pengetahuan ICT lain, dan juga media-media social lain. Malah beliau banyak mempelajari resepi-respi masakan di dalam talian bagi memahirkan kemahiran memasak. Mungkin pendedahan daripada keluarga beliau yang menggunakan ICT. Abang beliau hampir popular di 'youtub' dan 'Instagram'.

Usahawan

Nama  : Pn Suhana bt Abd Wahab
Umur  : 54 Tahun
Ahli  : 2018

 

Latar belakang

Puan Suhana Bt Abd Wahab seorang suri rumah berumur 54 tahun, bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga beliau menjual makanan/ kering berupa kerepek pisang nangka disekitar kawasan daerah maran. Bagi terus mempromosikan produk beliau, beliau rajin mengikuti kelas di PEDi dan juga di empower ecer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak takut dan risau dengan penggunaan internet pada mulanya, tapi menjadi seronok selepas mengetahui pelbagai perkara boleh dibuat menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sememangnya harapan kami sebagai petugas mahu melihat beliau meningkat seiring dengan kemajuan teknologi, supaya amalan konservatif dalam perniagaan dapat dikurangkan dan pelbagaikan medium perniagaan.

 

KISAH KEJAYAAN PI KG AWAH

SUKU IV ( Okt 2017 – Dis 2017)

Kisah Kejayaan usahawan 1

Kisah Kejayaan 1

Kisah Kejayaan Usahawan 2

Kisah Kejayaan 2

Kisah Kejayaan Cilik IT

Kisah kejayaan 3