KEMAHIRAN ICT
Nama | : Nur Amalin Sofea binti Aziki |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Nur Amalin Sofea Bt Aziki merupakan anak ke 3 dari 5 orang adik beradik, beliau berumur 11 tahun dan bersekolah di SK Tg Perang. Ibu beliau merupakan seorang jururawat masyarakat di Klinik Pekan Sehari Kg Awah. Beliau merupakan kanak-kanak yang aktif dan bersemangat, rajin bertanya dan belajar. Selain itu, beliau juga berminat dalam bidang masakan dan perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatannya di PEDi, Awal 2016 ketika beliau baru lagi berpindah ke Pahang, kelihatannya beliau amat kurang pengetahuan berkenaan ICT, malah tidak cekap menaip dan tidak mahir mengendalikan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau merupakan anak yang cepat belajar, gigih dan rajin berusaha, dengan cepat dapat belajar menggunakan computer, pengetahuan ICT lain, dan juga media-media social lain. Malah beliau banyak mempelajari resepi-respi masakan di dalam talian bagi memahirkan kemahiran memasak. Mungkin pendedahan daripada keluarga beliau yang menggunakan ICT. Abang beliau hampir popular di 'youtub' dan 'Instagram'.