Perpustakaan Desa Pekan Awah (pnm) menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan. Perkhidmatan ini ada yang diberikan secara percuma dan ada juga perkhidmatan yang berbayar seperti cetakan kertas berwarna. keahlian adalah percuma.

 

PERKHIDMATAN YG DISEDIAKAN

PERKHIDMATAN PINJAMAN

- Hanya ahli perpustakaan yang berdaftar sahaja layak mendapat kemudahan pinjaman buku. Pinjaman buku adalah tertakluk kepada kategori pendaftaran keahlian.

  • PERKHIDMATAN RUJUKAN
  • -Perpustakaan menyediakan bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, laporan tahunan, tesis, keratan akhbar dan lain-lain bahan meliputi semua bidang perkara.
  • PERKHIDMATAN MAJALAH DAN AKHBAR
  • -Akhbar-akhbar utama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris disediakan di Bahagian Majalah. Akhbar-akhbar dalam bahasa-bahasa lain juga
  • turut disediakan seperti akhbar berbahasa Cina dan Tamil. Majalah dari dalam dan luar negara juga disediakan ruangan ini meliputi pelbagai bahasa
  • dan bidang perkara.
  • PERKHIDMATAN FOTOKOPI

- Bahan-bahan rujukan di perpustakaan boleh difotokopi pada kadar semasa yang telah ditetapkan. Bahan-bahan rujukan tertentu seperti bahan Koleksi Melaka pula tidak dibenarkan untuk dibuat penyalinan.