Tarikh  19 Jan 2019
 Masa : 8.00 pagi - 1.05 tghr
 Lokasi PEDi Kg Awah
 Peserta Terbuka

 

Tujuan

Memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mengeratkan kerjasama PEDi dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Selain itu mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Antara akitviti yang telah dijalankan sebelum Program Jom Sihat adalah pertandingan mewarna di Pasti Al Hidayah, Tadika Kemas Bukit Lada, Tadika Kemas Tg Perang. Manakala aktiviti yang dijalankan semasa hari kejadian adalah seperti Senamrobik bersama PWPK, Pemeriksaan kesihatan,  Pemeriksaan pap smear (kementerian kesihatan malaysia) dan pemeriksaan kesihatan myhealth PEDi Kg Awah. Selain itu PEDi turut menjemput beberapa Agensi bagi membuat  pameran antaranya adalah dari unit farmasi kkm, pameran dari perpustakaan desa, pameran dari AADK.

Foto

 Tarikh  2 dan 9 Nov 2018 
 Masa : 10.30pagi - 12.05 tghr
 Lokasi PiM Kg Awah
 Peserta Pelajar Sek Rendah

 

Tujuan

Program PACSA pelajar tahun 6,  Sekolah Kebangsaan Tanjung Perang

Aktiviti

Petugas PIM memperkukuhkan kemahiran microsoft office di kalangan pelajar bagi meningkatkan persediaan pelajar ke alam persekolahn yang baru. Di samping itu, petugasa pim juga memberi sedikit taklimat mengenai kesedaran klik dengan bijak (KDB) dan membuat kuiz bagi menaikan dan meningkatkan pemahaman pelajar mengenai klik dengan bijak. 

Foto

Tarikh  29 Sept 2018 
 Masa : 8.00pagi - 2.30 petang 
 Lokasi Sek Men Keb Chedong Jaya
 Peserta Pelajar Sek Menengah

 

Tujuan

Program kesedaran klik dengan bijak

Aktiviti

Menjalankan aktiviti explorace seperti 

1.Jendik jaya

Peserta perlu menjentik duit syilling supaya berpusing dan perlu memberhentikan duit syilling tersebut dalam keadaan tegap

2.Tangkap sampai dapat

Peserta perlu menimbang beberapa batang pencil dan menangkapnya.

3. Gegelung a4

Peserta perlu mencipta gegelung dengan menggunakan kertas a4 yang disediakan dan kesemua peserta perlu masuk ke dalam gegelung tersebut serta tidak putus.

4. Baling kapal terbang dalam bakul

Peserta perlu mencipta kapal terbang dengan menggunakan kertas a4 yang disediakan dan membaling kapal terbang yang dihasilkan ke dalam bakul

5. Facial biscuits

Setiap kumpulan perlu diwakili 3 orang peserta. Peserta perlu duduk dan kepala didongakkan sedikit ke atas. Sekeping biskut akan diletakkan di atas mata dan peserta dikehendaki mengalihkan biskut tersebut tanpa menggunakan tangan.

6. Permaidani idaman

  1. Setiap kumpulan perlu meletakkan sebiji cawanpolistrine yang berisi air di atas kertas mah-jong.

Setiap kumpulan perlu membawa cawan tersebut ke tempat lain yang telah ditetapkan tanpa menumpahkan air.

7. Puzzle kdb

Para peserta perlu melengkapkan kepingan item yang merupakan puzzle kdb dan sekiranya berjaya peserta akan dikira sebagai pemenang.

Tarikh  11 Okt 2018 
 Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
 Lokasi Sek Agama Chenor
 Peserta Pelajar Sek Rendah

 

Tujuan

Program kesedaran klik dengan bijak

Aktiviti

Aktiviti di jalankan adalah secara taklimat dan penerangan berkenaan kesedaran klik dengan bijak dan membuat kuiz bagi menaikan dan meningkatkan pemahaman pelajar mengenai klik dengan bijak. 

Foto

Tarikh  5 April 2018 
 Masa : 9.30pagi - 1.00petang 
 Lokasi PI Kg Awah
 Peserta Wanita

 

Tujuan

Memperkenalkan program e-rezeki kepada golongan suri rumah (wanita) dengan tujuan bagi meningkatkan ekonomi pendapatan keluarga

Aktiviti

Memberikan taklimat berkenaan e-rezeki.

Pendaftaran e-rezeki,

Memperkenalakn laman web yang boleh membantu golongan suri rumah bagi menambah pendapatan keluarga

Foto