Tarikh | : 16 Dis 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 12.00tghr |
Lokasi | : Dewan Serbaguna Kg Awah |
Peserta | : Terbuka |
Tujuan :
PEDi Kg Awah telah dijemput oleh pihak Perpustakaan Desa Kg Awah untuk menjalakan aktiviti berkaitan bagi memeriahkan majlis ramah mesra tersebut. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara JKKK, Perpustakaan Desa, PEDi Kg Awah denagn komuinit setempat.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang melibatkan PEDi kg Awah bersama komuniti ialah program kesedaran klik dengan bijak (KDB) dan yang menjadi tumpuan dan fokus PEDi Kg Awah adalah mempromosikan Dashboard Komuniti iaitu MyShop dan i-Health.
Tarikh | : 26 Okt 2017 |
Masa | : 3.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Jagaan Little Kasra, Temerloh |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
PI Kg Awah telah menjalakan kelas bersama kanak-kanak Litter Kasra semenjak awal tahun 2017, di mana kelas telah dijalankan di Litter Kasra setiap sebulan sekali pada jam 3.00 ptg hingga 5.00 ptg. Antara yang di tekankan di dalam kelas ini adalah latihan asas microsoft office word, excel dan power point. Petugas PI menyediakan netbook bagi memudahkan proses pembelajaran dijalankan. Dihujung program ini, peserta telah menunjukan perubahan yang positive dan separa mahir dalam menggunakan microsoft office.
Tarikh |
: 1 Okt 2017 |
Masa |
: 8.30pagi - 4.00petang |
Lokasi |
: Surau Kg Baru Kabut |
Peserta |
: Terbuka |
Tujuan
Menjalankan aktiviti gotong royong mengacau bubur asyura bersama komuniti penduduk Kg Baru Kabut, Perpustakaan Desa Kg Awah dan juga PEDi Kg Awah. Gotong royang ini juga turut mendapat perhatian dari ADUN Chenor. Bubur asyura tersebut telah di agihkan kepada penduduk sekitar penduduk Kg Baru Kabut. Aktiviti seperti ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung.
Tarikh |
: 26 Okt 2017 |
Masa |
: 8.30pagi - 10.15petang |
Lokasi |
: PI KG AWAH |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
PI Kg Awah telah berkerjasama bersama Sek Keb Tanjung Perang bagi menjalankan aktiviti latihan Microsoft Office bersama pelajar tahun 6. Antara latihan yang ditekankan adalah asas micersoft word, excel dan power point.Di samping itu PI juga turut menekankan maklumat lain seperti Klik Dengan Bijak (KDB) bagi memdedahkan kepada pelajar tentang baik buruk teknologi.
Tarikh |
: 12 Ogos 2017 |
Masa |
: 8.30pagi – 4.00ptg |
Lokasi |
: PI Kg Awah |
Peserta |
: Terbuka |
Tujuan
Dashboard Merdaka dijalankan bagi memperkenalkan dan mendedahkan pada komuniti setempat mengenai program atau perkhidmatan yang terbaru di PI iaitu, My-Health, My-Komuniti dan My-Shop dan juga latihan e-rezeki. Selain itu terdapat juga aktiviti sampingan yang telah dijalankan antaranya ialah, pertandingan mewarna, pertandingan kampungku, dan cabutan bertuah.