Kepada peminat-peminat Shellout, jangan tak percaya! Walaupun jauh dari laut, tapi anda tetap boleh menikmati makanan laut di Maran! Dengan hidangan yang lazat, kuantiti yang banyak, hasil laut yang segar, view yang menarik, D'Maran Shellfood adalah restoran terbaik untuk anda yang meminati Shellout dan tempat terbaik untuk family gatherings! Apa tunggu lagi? JOM LA PEGI!!

 

Pekan Sehari Maran adalah medan ikan sungai dan ikan sangkar yang terbesar di Daerah ini. Pengunjungnya terdiri daripada penduduk sekitar daerah Maran malahan mendapat kunjungan dari daerah lain seperti Kuantan, Temerloh dan Jerantut. Pekan Sehari ini terletak di tengah-tengah Bandar Maran dan diadakan pada setiap hari Ahad setiap minggu dari jam 7.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Kepada penggemar ikan air tawar, pastinya anda tidak akan rugi jika berkunjung ke sini. Banyak pilihan dengan harga yang murah!

 

Jom Sarapan di Restoran Mizam

SEKITAR KARNIVAL LUMBA BOT CHENOR 6-8 MEI 2017 YANG LALU, SEMPENA MEMULIAKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG.

Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung telah hadir ke karnival yang berlangsung selama 3 hari ini. Tahniah kepada penganjur: Chenor Tourism Club (CTC) kerana telah berjaya menganjurkan karnival tahunan yang berprestij ini. 2017 menyaksikan pengunjung yang begitu ramai sehingga Bandar Lama Chenor dibanjiri dengan lautan manusia. Syabas! 

Jangan lupa Julai ini! Satu lagi karnival tahunan Chenor akan berlangsung, KARNIVAL PESTA AIR CHENOR 2017.

 

Pesta Air Chenor, Maran

Tarikh : 28 Julai - 30 Julai 2017

Hari : Jumaat - Ahad Masa : Jumaat (3 pm - 11.30 pm) Sabtu - Ahad (10 am - 11.30 pm)

Tempat : Jeti Chenor Lama, Chenor, Maran, Pahang