Pekan Sehari Maran adalah medan ikan sungai dan ikan sangkar yang terbesar di Daerah ini. Pengunjungnya terdiri daripada penduduk sekitar daerah Maran malahan mendapat kunjungan dari daerah lain seperti Kuantan, Temerloh dan Jerantut. Pekan Sehari ini terletak di tengah-tengah Bandar Maran dan diadakan pada setiap hari Ahad setiap minggu dari jam 7.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Kepada penggemar ikan air tawar, pastinya anda tidak akan rugi jika berkunjung ke sini. Banyak pilihan dengan harga yang murah!