Makanan
Menarik di Maran
RESTORAN ALOHA- Menyediakan hidangan masakan ayam kampung
Sringah Warisan Nasi Ayam
Nasi ayam di Sringah Warisan yang terletak di Kg Jengka Batu 13 amat terkenal di kalangan penduduk sekitar Mukin Bukit Segumpal. Kedudukan kedai yang strategik di tepi jalan memudahkan orang ramai untuk singgah di kedai ini.
Nasi Lemak kedai Kak Nor
Merupakan antara kedai nasi lemak yang menjadi pilihan dan terkenal di sekitar Kg Awah. Mempunyai rasa yang menepati citarasa penduduk kampung.
Lontong Barakah
Lontong Barakah amat dikenal di sekitar penduduk Kg Awah, ini kerana rasanya yang sangat sedap dan lain dari yang lain. Sesiapa yang pernah merasai keenakan lontong pasti akan cuba lagi.