Zaman dulu, puding raja hanya disediakan sebagai santapan pencuci mulut ketika majlis pertabalan sultan,
hari keputeraan sultan dan hari pengurniaan pingat serta majlis membabitkan pembesar negeri.
Dahulu, puding raja tidak pernah dibawa keluar untuk rakyat jelata kerana ia santapan istimewa pihak istana.