Selamat Datang ke Pusat Ekonomi Digital  Kg Awah

 ~ WAKTU OPERASI PEDi KG AWAH ~

Isnin - Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

*ditutup pada hari cuti umum

 

~ PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ~

PEDi menawarkan latihan ICT secara percuma kepada pengunjung. Latihan akan diadakan mengikut permintaan pengguna.

Antara perkhidmatan yang disediakan di PEDi ialah:

~ Photostat/photocopy 

~ Mencetak/print 

~ Khidmat menaip

Laminate 

Binding 

Scanning / Mengimbas

 

TEKAD PERPADUAN,PENUHI HARAPAN 

Bersama-sama semarakan semangat cintakan Malaysia.

MALAYSIA MADANI TEMA LOGO KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 bertemakan Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat menghormati di antara kita. ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.


 

KOMUNITI

 

komuniti

 

 


 

POPULASI PENDUDUK SETEMPAT 

populasi 

 

 


 

 

DAERAH MARAN


Maran merupakan satu daerah di negeri Pahang yang terletak antara Temerloh dan Kuantan. Maran mempunyai hasil pertanian, penternakan, dan pelbagai lagi untuk kemudahan penduduknya. Antara pekan-pekan kecil yang terdapat dalam Daerah Maran adalah Pekan Tajau, Pekan Awah, Pekan Chenor dan Pekan Sungai Jerik yang juga digelar Tong Kiat. Bandar Jengka yang menjadi nadi kepada masyarakat Jengka juga terletak dalam Daerah Maran ini. Maran juga turut dikenali sebagai bandar Ayam Kampung.

PEKAN AWAH

Kampung Awah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional yang terletak di dalam Mukim Bukit Segumpal, Maran , Pahang. Terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Temerloh, Pahang dan 35 kilometer dari Bandar Maran, Pahang. Ia terbahagi kepada 2 iaitu Kampung Awah Tradisional dan FELDA Kampung Awah yang penduduknya terdiri daripada peneroka. Pada 1967, Felda Kg Awah telah dibuka sebagai penempatan FELDA yang kedua dibuka di Negeri Pahang selepas FELDA Lurah Bilut. FELDA Kampung Awah terletak bersebelahan gugusan FELDA Jengka dan pertambahan penduduk di sekitarnya menyaksikan beberapa buah rumah kedai papan telah dibina pada tahuan 1980-an. Kawasan kedai ini dipanggil oleh penduduk setempat sebagai 'sawmill'. Ia bersempena wujudnya sebuah kilang papan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kilang berkenaan telahpun ditutup. Rumah-rumah kedai kayu telah digantikan dengan bangunan rumah kedai konkrit dan kawasan ini dinamakan sebagai Pekan Awah.

Pekan Awah menjadi nadi kepada pembangunan kawasan FELDA sekitarnya dan Kampung Awah. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pusat Kesihatan, Pusat Pertanian, sekolah, Klinik swasta, wakil pos, balai polis dan kedai-kedai runcit. Kampung Awah juga merupakan tempat kelahiran penyanyi tersohor Malaysia iaitu Siti Nurhaliza binti Tarudin. Pekan Sehari Kampung Awah diadakan di Pekan Awah setiap hari Rabu mulai jam 3 petang sehingga 10 malam.

Sumber wikipeida