Dashboard Pusat Internet  merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Ekonomi Digital(PEDi) Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar. Mari kita manfaatkan peluang yang telah diberikan.

 


 

 

Selamat Datang ke Pusat Ekonomi Digital  Kg Awah

Allah Maha Besar, Alhamdulillah. dengan izin-Nya, Pusat Ekonomi Digital Kg Awah (PEDi Kg Awah) kini telah beroperasi sepenuhnya.

 

 

~ OBJEKTIF ~

 

Meningkatkan kadar penembusan jalurlebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat

Memberi tumpuan kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. 

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI

 

 ~ WAKTU OPERASI PEDi KG AWAH ~

Isnin - Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

*ditutup pada hari cuti umum

~ PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ~

PEDi KG AWAH menawarkan latihan ICT secara percuma kepada pengunjung. Latihan akan diadakan mengikut permintaan pengguna.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet ialah:

~ Photostat/photocopy 

~ Mencetak/print 

~ Khidmat menaip

Laminate 

Binding 

Scanning / Mengimbas

~ Banner / Banting

~ Stiker / Flyers

~ Bisnes Card

 

 

~ PETUGAS ~

Pengurus : Abdill Malwiya bin Abas (011-19422596)

Penolong Pengurus : Nur Supara binti Shaari (011-25537161)

 

Web : http://kgawah.pjk.com.my

Facebook : Pusat Internet Pekan Awah (https://www.facebook.com/pjkkgawah

Alamat : Balairaya Lama Kg Awah

Jalan Temerloh - Maran

28000 Temerloh, Pahang 

 


 

PUSAT EKONOMI DIGITAL KG AWAH

 

PUSAT EKONOMI DIGITAL Kg Awah, Maran, Pahang Darul Makmur mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PUSAT EKONOMI DIGITAL merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.

 

PUSAT EKONOMI DIGITAL Kg Awah telah beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2009 iaitu semua peralatan telah lengkap termasuk kemudahan internet berkelajuaan tinggi. Kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

 

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • e-Dagang (e-Commerce)
  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
  • Pusat Komunikasi

 

PUSAT EKONOMI DIGITAL Kampung Awah ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dalam proses menuju kepada warga Celik IT dengan objektif program iaitu untuk menyediakan perkhidmatan, infrastruktur, komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang dgital antara penduduk bandar dan luar bandar.

 

Laman Web PUSAT EKONOMI DIGITAL Kampung Awah ini berfungsi untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada penduduk setempat terhadap bidang ICT yang kian membangun. Dengan adanya laman web ini diharap komuniti terdedah dengan segala maklumat terkini. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Awah ini merupakan insentif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi merapatkan jurang digital komuniti setempat serta melahirkan rakyat yang berpengetahuan dalam bidang ICT. Untuk pengetahuan penduduk setempat, Pusat Internet Kampung Awah ini terletak di Balai Raya Lama Kg Awah, di dalam Mukim Bukit Segumpal, Maran dan terletak kira-kira 18km dari Daerah Temerloh, dan 35km dari bandar Maran.

 

Pusat Ekonomi Digital Kampung Awah, Maran, Pahang mempunyai infrastruktur ICT yang lengkap bertujuan untuk pembelajaran dan penggunaan komuniti setempat.  Selain itu, komuniti setempat turut berpeluang mempelajari serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar. Bagi menjayakan usaha kerajaan yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan Celik IT menjelang tahun 2020. 

 

Pusat Ekonomi Digital Kampung Awah ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan seperti 19 buah komputer (9 buah di dalam bilik latihan dan 10 buah di bahagian luar bertujuan untuk penggunaan). Bilik latihan di pusat ini dilengkapi dengan skrin layar, projektor dan 'whiteboard'. Antara kemudahan lain yang boleh didapati di pusat ini ialah mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), laminate, binding, mesin fotostat, pembelajaran komputer secara percuma dan kemudahan internet. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.