Nama | : Nur Ain Wahida binti Nawar |
Umur | : 12 Tahun |
Ahli | : 7 Ogos 2018 |
Latar belakang
Nur Ain Wahida bte Mat Nawar seorang pelajar tahun 6 di SK Tg Perang, seorang kanak-kanak yang aktif, berdaya saing dan berkemahiran . selalu datang ke PEDi untuk mencari maklumat dan juga menyertai program – program yang dianjurkan PEDi. Selain dari itu, pihak SK Tg perang juga ada menjalinkan hubungan kerjasama antara agensi dengan PEDi dimana pihak sekolah akan menghantar para pelajar ke PEDi dalam beberapa subjek yang pihak sekolah rasakan perlu.
Sebelum kelas ict dan Literasi Komputer
Kebiasaan bagi budak seusia beliau , mereka amat pemalu, tetapi perlu di suntik motivasi supaya mereka menjadi seronok dengan apa yang dipelajari di PI. Bila sudah lama dan terbiasa mereka boleh menggunakan computer tanpa takut malu dan segan lagi. Cuma perlu dibimbing supaya tidak terkeluar dari landasan etika diatas talian.
Selepas kelas ict dan Literasi Komputer
Pada tahun 2018 sebenarnya beliau sudah datang ke PEDi t, tapi pada kelas yang dijalankan baru-baru ini , Nampak kemahiran beliau, disini kami bukna hanya membimbing pelajar untuk mendalami asas computer malahan diperkenalkan kepada aplikasi dashboard dan juga “public speaking” bagi mendidik pelajar bahawa cabaran yang mendatang kian kuat, perlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.