Nama | : Pn Maziah binti Ibrahim |
Umur | : 52Tahun |
Ahli | : 28 Ogos 2010 |
Latar belakang
Pn Maziah binti Ibrahim merupakan suri rumah sepenuh masa. Namun beliau mempunyai kemahiran dalam bidang masakan. Sekaligus, secara tidak langsung dapat menjalankan perniagaan katering secara kecik-kecilan bagi memenuhi permintaan penduduk kampung dalam penyediaan makanan yang melibatkan jemputan kecil-kecilan. Dengan menjalankan perniagaan katering secara kecil-kecilan ini, dapat membantu dan merangsang untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga beliau. Menu yang disediakan oleh pn Maziah adalah seperti Mee Kari, Nasi Dagang dan pelbagai kuih muih tradisional.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau agak takut dan risau dengan penggunaan internet pada mulanya, tapi menjadi seronok selepas mengetahui pelbagai perkara boleh dibuat menggunakan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sememangnya harapan kami sebagai petugas mahu melihat beliau meningkat seiring dengan kemajuan teknologi, supaya amalan konservatif dalam perniagaan dapat dikurangkan dan pelbagaikan medium perniagaan.