Nasi lemak juga merupakan menu sarapan yang bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ianya terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.
Secara asasnya nasi lemak adalah beras yang dimasak bersama santan dan daun pandan bagi menaikkan rasanya. Kemudian ianya dihidang dengan sambal tumis yang sedap dan pedas, hirisan timun , telur rebus, ikan bilis dan kacang yang digoreng.
Namun, nasi lemak juga perlu diambil dengan cara yang “sihat”. Anda boleh nikmati nasi lemak tanpa rasa bersalah dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh. Selain itu, kawal pengambilan lauk tambahan dan sebaiknya pilihlah jenis lauk yang rendah kalori dan kurang lemak. Jangan lupa juga untuk kawal kuantiti nasi dan sambal anda supaya tidak terlebih-lebih kalori yang diambil.