Demam influenza adalah sejenis jangkitan saluran udara bawah. Virus ini mempunyai beberapa jenis seperti jenis A dan B. Apa itu influenza A dan B? Kedua-dua jenis virus ini boleh menjangkiti manusia dengan jenis A juga boleh menjangkiti spesis haiwan. Influenza A adalah jenis yang lebih kerap menyerang manusia dan mempunyai banyak lagi sub-set sebagai contoh influenza A H1N1.
Bagaimana Virus Ini Ditularkan?
Virus ini sememangnya berada dalam komuniti tetapi tidak berapa aktif untuk menjadi wabak. Ianya selalu menjadi wabak di negara kita pada musim hujan dimana penyebarannya ketika itu lebih meluas. Virus ini disebarkan melalui orang ke orang dengan beberapa cara iaitu:
- .Melalui batuk
- .Melalui bersin
- .Menyentuh permukaan yang disentuh pesakit
- .Titisan seperti daripada air liur pesakit
-
Apakah Gejala-Gejala Demam Influenza Yang Perlu Saya Awasi Ya Doktor?
-
- Demam - Apa yang membezakan demam bagi jangkitan influenza dan demam sakit-sakit lain adalah suhu pesakit selalunya tinggi dan diantara 38 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius dan boleh bertahan sehingga 3-4 hari. Bagi kanak-kanak, mereka lebih mudah mendapat suhu yang tinggi berbanding orang dewasa.
- Sakit sendi dan otot - Antara simptom utama jangkitan virus ini adalah sakit sendi yang jarang dijumpai dalam selesema biasa.
- Selesema - Gejala ini juga kerap menjadi yang pertama timbul dan menyebabkan kesukaran doktor untuk menentukan samada ianya adalah selsema biasa ataupun jangkitan influenza melainkan jika sememangnya terdapat wabak virus ini pada ketika itu.
- Batuk - Oleh sebab virus ini menjangkiti saluran udara bawah, maka ia akan mencetuskan keradangan pada saluran udara dan juga tindak balas (refleks) batuk bagi badan mengeluarkan virus ini daripada badan.
- Menggigil - Mungkin anda akan tertanya-tanya mengapa simptom ini penting bukan? Hal ini kerana gejala ini tidak dijumpai dalam semua kes demam dan sekiranya pesakit mempunyai simptom ini, ia boleh membantu doktor mengarahkan perhatian mereka kepada jangkitan oleh virus ini berbanding penyakit-penyakit lain.
- Sakit kepala - Simptom ini tidak berapa khusus kepada demam influenza ini namun ianya masih penting untuk membezakan antara selesema dan penyakit influenza ini.
- Muntah dan Cirit-birit - Bagi sesetengah pesakit terutamanya kanak-kanak, mereka juga boleh mengalami simptom ini berbanding dengan orang dewasa. Dan sekiranya teruk, maka rawatan khusus di hospital adalah diperlukan bagi mengelakkan dehidrasi.
Adakah Terdapat Cara-Cara Yang Kita Boleh Ambil Untuk Cegah Virus Ini?
Virus ini boleh dicegah dengan cara seperti:
- .Membasuh tangan dengan sabun dan air selepas makan, ke tandas ataupun menyentuh permukaan yang disentuh pesakit
- .Memakai topeng muka
- .Mengelakkan kawasan yang ramai orang
- .Mengambil vaksin influenza tahunan bagi mereka yang berisiko tinggi
- .Pengasingan pesakit yang positif