Definisi
-Apa itu batuk kokol?
Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.
Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.
Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Apakah kebarangkalian batuk ini?
Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.
Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apakah simptom-simptom batuk kokol?
Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.
Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.
Anda boleh mendapat:
- -Hidung berair
- -Hidung tersumbat dengan mukus
- -Mata merah dan berair
- -Demam
- -Batuk
Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:
- -Merangsang untuk muntah;
- -Menyebabkan muka menjadi merah atau biru;
- -Menyebabkan kepenatan melampau;
- -Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.
-Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:
- -Muntah;
- -Bertukar menjadi merah atau biru;
- -Sukar bernafas atau anda sedar pernafasannya terhenti seketika;
- -Menarik nafas dengan bunyi “whoop”
Punca
Apakah punca batuk ini?
-Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.
-Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin,
anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.