green liner

Pembangunan ekonomi, kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat, terutama di luar bandar banyak dibantu pengangkutan dalam mendapatkan akses perkhidmatan asas seperti kesihatan, pengguna, peluang pekerjaan, pendidikan, sosial serta rekreasi.

Di negara ini, sistem pengangkutan direka bentuk kerajaan di luar bandar bertujuan memenuhi keperluan khusus rakyat merangkumi kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas, selain sebagai perkhidmatan sosial kepada masyarakat berpendapatan terhad, termasuk orang kelainan upaya (OKU).

Walaupun kerajaan menetapkan matlamat hampir sama dalam penyediaan sistem pengangkutan luar bandar dengan bandar, kajian menunjukkan corak mobiliti kedua-dua golongan ini.

Tinjauan dijalankan menunjukkan terdapat cabaran besar dihadapi penduduk luar bandar kerana terpaksa lebih bergantung kepada kenderaan persendirian.

Antara faktornya, mereka tidak mempunyai pilihan mod pengangkutan lain kerana lokasi kediaman agak jauh daripada akses pengangkutan awam, malah perkhidmatan itu juga tidak memenuhi keperluan perjalanan mereka.

Kebergantungan kepada kenderaan persendirian bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa, malah trend ibu bapa masa kini menunjukkan mereka membelikan motosikal kepada anak bagi tujuan pengangkutan ke sekolah.

 

Pembukaan Laluan Baru
Bas Henti - Henti (Harian)

1. Temerloh - Jerantut
2. Temerloh - Maran
3. Temerloh - Felda Purun
4. Kuala Lipis - Jerantut
5. Kuala Lipis - Raub