SEKITAR KARNIVAL LUMBA BOT CHENOR 6-8 MEI 2017 YANG LALU, SEMPENA MEMULIAKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG.

Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung telah hadir ke karnival yang berlangsung selama 3 hari ini. Tahniah kepada penganjur: Chenor Tourism Club (CTC) kerana telah berjaya menganjurkan karnival tahunan yang berprestij ini. 2017 menyaksikan pengunjung yang begitu ramai sehingga Bandar Lama Chenor dibanjiri dengan lautan manusia. Syabas! 

Jangan lupa Julai ini! Satu lagi karnival tahunan Chenor akan berlangsung, KARNIVAL PESTA AIR CHENOR 2017.