persidangan pedi picc

 

MENGENAI PERSIDANGAN INI

Ditubuhkan pada 2007 dengan misi untuk memartabatkan komuniti setempat menerusi peningkatan capaian Internet dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tekad memperkasakan komuniti B40 melalui program ICT, keusahawanan dan program-program multimedia. Sebagai mengiktiraf kepentingan pendigitalan yang semakin signifikan, PEDi menawarkan latihan keusahawanan digital sebagai batu loncatan dalam mempercepat ekonomi digital. MCMC telah mewujudkan sejumlah 911 PEDi di seluruh negara dan susulan daripada inisiatif 1 DUN 1 PEDi, terdapat pertambahan sejumlah 186 PEDi yang ditubuhkan menjelang akhir suku pertama 2023.

Bagi mengiktiraf peranan penting PEDi dalam komuniti, Persidangan PEDi pada 29 November ini akan menghimpunkan barisan pengurus dan para usahawan daripada seluruh pelosok negara. Mereka akan berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka selain menonjolkan kisah kejayaan pusat-pusat berkenaan. Acara bersejarah ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang akan menyaksikan persidangan yang julung kali diadakan ini memberi pengiktirafan kepada PEDi sejak penubuhannya.