SELAMAT DATANG KE Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • - Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • - Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • - Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
  • - Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • - Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Awah menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • - Pengenalan asas komputer
  • - Asas internet
  • - Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • - Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • - Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Awah telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi  Kg Awah bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah: 
 
 
 AHLI LAMA  : 1513
 AHLI BARU JAN - JUN 2019 :  23
 KESELURUHAN PADA JUN 2019 : 1536
  
 KENALI PETUGAS PEDi : 

Untuk menjadi petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi), kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami :

 
PENGURUS
  
 
Nama : En Abdill Malyiwa bin Abas
Mula berkhidmat : Okt 2012
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Cik Nur Supara binti Shaari 
Mula berkhidmat : Jun 2019