1AZ

Sebuah projek tanaman jagung secara berkelompok yang diusahakan oleh komuniti kampung persatuan wanita pekebun kecil bagi menambahkan pendapatan isi rumah serta mengurangkan pembaziran tanah. Projek ini bermula sejak tahun 2015 sehingga sekarang.

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO

BAHIMAS

Sebuah kedai gunting lelaki yang menawarkan style modern dan terkini! Dengan hasil kualiti yang hebat, kedai ini boleh dikunjungi sehingga larut malam dan sangat sesuai kepada pekerja yang pulang lewat ke rumah dan remaja kerana ianya sangat mengikut trend terkini.

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO

Puan Norul Huda ,42 Tahun, merupakan seorang suri rumah yang berwawasan,ini kerana beliau suka meniaga produk sendiri terutamanya Kuih Tiram yang menjadi kegilaan ramai diwaktu – waktu santai. Beliau juga rajin menghadiri kelas-kelas yang dijalankan di daerah Maran.

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO

Sebuah warung yang menyediakan masakan masak lemak cili api Daun Pijat yang terletak di Kampung Serengkam, Maran, Pahang.

Daun pijat menjadi salah satu bahan utama dalam masakan masak lemak cili api dan gulai tempoyak di Kampung Serengkam ini. Daun ini akan menambahkan lagi keenakan masakan dan menjadi satu kemestian dalam masakan oleh penduduk-penduduk di sini. Jadi, apa tunggu lagi?Jom rasai sendiri keenakanya.

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO

Puan Noriza Bt Mohd Ronor seorang pengusaha cafe di bandar Maran, selain daripada itu beliau juga ada menghasilkan produk sejuk beku iaitu Roti canai Gulung
Bagi terus mempromosikan produk beliau, beliau rajin mengikuti kelas di PEDi dan juga di empower ecer.

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO